Ketua Hakim Negara angkat sumpah - Utusan Malaysia

Ketua Hakim Negara angkat sumpah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAN Sri Richard Malanjum mengangkat sumpah sebagai Ketua Hakim Negara yang baharu pada Rabu lalu dan berkuat kuasa pada hari sama.

Malanjum, 65, menerima surat cara pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V dalam satu upacara di Bilik Singgahsana Kecil, Istana Negara di Kuala Lumpur.

Upacara pe­ngurniaan watikah pelantikan dan angkat sumpah jawatan turut dihadiri Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong; Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa; Peguam Negara, Tommy Thomas dan Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan, Datuk Seri Latifah Mohd. Tahar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Malanjum merupakan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak menggantikan Tun Md. Raus Sharif yang mengemukakan surat peletakan jawatan sebagai Ketua Hakim Negara pada 31 Julai lalu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×