Niat Rehda Negeri Sembilan mencurigakan? - Utusan Malaysia

Niat Rehda Negeri Sembilan mencurigakan?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, BARU-BARU ini Pengerusi Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Negeri Sembilan, Jenny Wang Lee Peng mendakwa banyak rumah lot bumiputera tidak dapat dijual dan berharap ada penyelesaian segera demi ‘kesejahteraan masyarakat’.

‘Penyelesaian’ itu bagi saya dan masyarakat umum bermakna diberi kebenaran untuk dijual kepada bukan Melayu mahupun warga asing kerana tidak mungkin pemaju akan menurunkan harga rumah tersebut yang rata-ratanya melebihi RM500,000 setiap satu.

Dengan alasan lot tersebut tidak terjual sejak 2012, REHDA Negeri Sembilan turut menyatakan hanya sedikit lot bumiputera dibenarkan kerajaan negeri terdahulu dijual kepada pihak lain oleh kerajaan negeri terdahulu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Persoalan utama di sini, kenapa pemaju mahu membina begitu banyak perumahan mewah di Negeri Sembilan khususnya Seremban? Adakah untuk menaikkan harga pasaran perumahan setempat sedangkan rata-rata penduduk berpendapatan sederhana sahaja?

Apabila rumah mewah dibina di kawasan yang diketahui penduduknya tidak mampu membeli, kenapa mahu mohon ‘pelepasan’ pula? Ini memang taktik lapuk yang diketahui ramai untuk menghalau golongan kurang berkemampuan dari satu-satu kawasan seperti dilakukan di Pulau Pinang.

Jika kerajaan Negeri Sembilan beri pelepasan, perbuatan serupa akan diulang lagi kelak. Bina rumah mahal dan bila tidak boleh dijual minta dibuka kepada bukan bumiputera mahupun warga asing.

Akhirnya, kawasan Melayu menjadi kawasan bukan Melayu atau lebih teruk jadi penempatan warga asing. Rakyat yang menanti-nantikan perumahan mampu milik tinggal ‘melopong’ atau terpaksa mencari di tempat lain.

Seremban khususnya menjadi antara tempat terakhir untuk mereka yang bekerja di Kuala Lumpur mendapat rumah mampu milik selama ini. Sungguh pelik bagaimana ada pemaju mahu membina rumah mewah pula di kawasan itu.

KARIM MALEK

Seremban

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×