Hapuskan caj plastik kepada pengguna - Utusan Malaysia

Hapuskan caj plastik kepada pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SAUDARA PENGARANG, SAYA ingin mencadangkan kepada kerajaan negeri Selangor supaya membatalkan caj plastik sebanyak 20 sen ke atas pengguna. Saya berpendapat ada kaedah lain yang boleh digunakan oleh kerajaan negeri dalam mengawal penggunaan plastik yang mengganggu alam sekitar.

Sebenarnya kaedah mengenakan caj kepada pengguna tidak berjaya dalam mengawal kebersihan alam sekitar mahupun bagi mengurangkan penggunaan plastik. Saya percaya langkah penghapusan caj ini akan mendapat sokongan rakyat dan juga hadiah kerajaan negeri kepada rakyat Selangor.

Sewajarnya kerajaan negeri memikirkan kaedah lain bagi mengawal atau mengurangkan penggunaan plastik yang tidak terurai ini. Antaranya ialah:

Memuatkan artikel berkaitan…

* Mewajibkan semua pasar raya menggunakan plastik yang boleh diurai. Kaedah ini sebenarnya telah dipraktikkan oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kepada pasar raya di Kuala Lumpur.

* Menggalakkan masyarakat membawa beg sendiri ke pasar raya melalui kempen kesedaran alam sekitar.

* Plastik diberikan atas permintaan pengguna dan tiada caj dikenakan.

Selain kaedah-kaedah yang dinyatakan di atas, pihak kerajaan negeri juga wajar mengadakan kempen kesedaran terhadap penjagaan alam sekitar.

Sebenarnya penjagaan alam sekitar ini bukan hanya terhad kepada penggunaan plastik sahaja.

Semangat ‘persekitaran hijau’ ini merangkumi banyak aspek supaya alam sekitar sentiasa terjaga dan terpulihara. Apa yang lebih penting dalam penjagaan alam sekitar daripada dikenakan caj ini ialah pihak-pihak industri seperti kilang sentiasa mengelakkan pencemaran dalam operasi mereka.

Penjagaan atau pemuliharaan sungai, hutan dan landskap (taman) wajar sentiasa menjadi keutamaan kerajaan negeri Selangor dalam memastikan alam sekitar sentiasa bersih dan selamat.

ALNORULHADI AB. HAMID

Klang, Selangor

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×