1. Katamu mahu menjadi
sang semut yang berkongsi
manisnya gula dalam
Memuatkan artikel berkaitan…
semangat setiakawan
menjuangkan tekad
menggilapkan hasrat
mengecapi bersama manis nikmat.
2.
Bukannya menjadi kelekatu
memburu cahaya tanpa
mengira yang palsu dan nyata hinggakan sayapmu terpisah menelanjangi tubuh terlalu.
3.
Semut pun mengusung
sayap kelekatu yang melata
menyemakkan taman
mengekalkan silaturahim
tetap bersama dalam kegelapan
dan mesra pencahayaan.
ISMAIL HASHIM
Sikamat, Seremban.










