Tiga ditahan simpan dadah - Utusan Malaysia

Tiga ditahan simpan dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Tiga lelaki ditahan kerana didapati positif syabu dan memiliki dadah dalam satu serbuan di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Air Panas, Setapak, di sini semalam.

Serbuan hasil aduan orang ramai itu dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu pejabat Polis Daerah Wangsa Maju kira-kira pukul 1.30 petang.

Timbalan Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Deputi Superintenden Muhamad Najib Hamzah berkata, kesemua yang ditahan berusia antara 22 hingga 39 tahun dan tidak bekerja.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Ketika serbuan dilakukan, polis telah menemukan lima paket plastik disyaki dadah jenis heroin seberat 161 gram dan 0.43 gram syabu.

“Anggaran dadah yang dirampas bernilai RM4,860 dan disyaki untuk pasaran di sekitar kawasan PPR itu,” katanya ketika dihubungi Utusan Online, di sini hari ini.

Menurut Muhamad Najib, dua suspek yang ditahan memiliki dua rekod jenayah sebelum ini melibatkan dadah.

Tambahnya, kesemua suspek ditahan reman selama enam hari bermula hari ini dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B dan Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×