Putus lengan: Bapa risau masa depan anak - Utusan Malaysia

Putus lengan: Bapa risau masa depan anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Bapa kepada kanak-kanak yang putus lengan kiri selepas bajunya tersangkut di rim motosikal hari ini, menyatakan kerisauannya terhadap masa depan anaknya itu kerana dimaklumkan tidak boleh menggunakan lengan palsu.

Zulkifli Mohamad, 38, berkata, menurut doktor keadaan itu adalah akibat daripada kesan kecederaan yang dialami anak sulungnya, Nur Zulaikha Khumaira, 7.

Katanya, pada waktu kejadian, mangsa membonceng motosikal yang dibawa kakak sepupunya, Noor Aina Hananie Razalie, 18, ke rumah penghulu kampung bagi mendapatkan cop pengesahan untuk permohonan pembiayaan pendidikan Yayasan Terengganu (YT) bagi menyambung pelajaran di sebuah kolej swasta di sini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tidak menyangka permintaan Khumaira untuk memakai baju sejuk milik ibunya akhirnya mengundang bencana.

“Tetapi apakan daya, semuanya sudah ditentukan Allah. Saya yakin ada hikmah di sebaliknya dan berharap agar diberikan ketabahan,” katanya ketika ditemui Bernama di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, hari ini.

Kejadian itu berlaku di Kampung Binjai Bongkok, Marang, kira-kira 9.30 malam semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×