UiTM main peranan besar imbangi, satukan perpaduan antara kaum - Hassan Said - Utusan Malaysia

UiTM main peranan besar imbangi, satukan perpaduan antara kaum – Hassan Said

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 13 Julai – Universiti Teknologi Mara (UiTM) merupakan sebuah institusi pengajian tinggi yang memainkan peranan besar dalam mengimbangi serta menyatukan perpaduan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

Demikian dinyatakan Naib Canselornya, Prof. Emeritus Datuk Dr. Hassan Said yang mana tanggungjawab tersebut telah pun dilaksanakan sejak penubuhan UiTM yang bermula sebagai Dewan Latehan RIDA pada tahun 1956.

“Banyak orang ingat kononnya UiTM ini untuk satu kaum sahaja. Bagaimanapun diperingkat makro, UiTM sebenarnya menjadi faktor kepada penyatuan bangsa Malaysia sejak sekian lama.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kalau kita melihat perpecahan masyarakat menerusi perspektif sejarah, ia bermula daripada ketidaksetaraan serta ketidakpuasan satu pihak kepada pihak lain dari segi peluang ekonomi, pendidikan, kepakaran tenaga kerja dan sebagainya. Jadi inilah peranan UiTM mengeluarkan tenaga kepakaran dalam pelbagai sektor bagi mengimbangi serta menyatukan semua bangsa di negara ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa Majlis Ramah Mesra Bersama Media – UiTM di Dewan Sri Budiman di Kampus UiTM Shah Alam, di sini hari ini.

Dalam perkembangan lain, Hassan ketika ditanya mengenai rancangan kerajaan untuk mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama (UEC), beliau menyatakan pihaknya masih belum menerima maklumat yang jelas mengenai perkara tersebut buat masa ini.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa apa jua sistem pendidikan yang ingin dilaksana dan diiktiraf perlulah menepati semua standard serta keperluan negara ini.

“Kita tunggu perincian dari perspektif pendidikan (mengenai UEC) terlebih dahulu,” ujarnya dengan ringkas. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×