Final Piala Dunia 2018: DBKL sedia skrin gergasi - Utusan Malaysia

Final Piala Dunia 2018: DBKL sedia skrin gergasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 13 Julai – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menyediakan skrin gergasi di Dataran Merdeka di sini bagi membolehkan orang ramai menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Dunia 2018 antara Perancis dan Croatia Ahad ini.

DBKL dalam kenyataannya memaklumkan, orang ramai juga boleh menyaksikan perlawanan tempat penentuan ketiga dan keempat kejohanan tersebut pada malam esok.

Menurut kenyataan itu, program ala karnival yang dianjurkan itu akan bermula seawal pukul 5 petang sepanjang dua hari acara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Acara akan dimeriahkan dengan persembahan KL Street Jam oleh artis-artis jemputan seperti XPDC, Baby Shima dan The Rudean.

“Orang ramai juga berpeluang menyaksikan pameran korporat, jualan cenderahati, food truck, pemeriksaan kesihatan dan sesi pertemuan dengan pemain bola sepak Malaysia,” menurut kenyataan itu hari ini.

Program akan diserikan dengan kehadiran Menteri Wilayah, Khalid Abdul Samad. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×