Suami isteri warga emas didakwa salah guna wang bayaran pakej haji - Utusan Malaysia

Suami isteri warga emas didakwa salah guna wang bayaran pakej haji

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 13 Julai – Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan menyalahgunakan wang berjumlah RM104,600 milik seorang pesara Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berhubung bayaran pakej haji tahun lalu.

Razinah Ayob, 63, dan Harun Mohd. Seh, 68, masing-masing mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atas mereka dibacakan di hadapan Majistret Nurshahira Abdul Salim.

Mengikut pertuduhan, warga emas itu didakwa bersama-sama dengan curangnya menyalahgunakan harta milik Zahari Abdullah, 61, bagi tujuan bayaran pakej haji 2017.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mereka yang juga pemilik syarikat Haji Harun Seh Umrah dan Tours Sdn. Bhd., kelihatan tenang sepanjang prosiding berjalan.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Bank Islam Bandar Sri Damansara, di sini, antara 2 Disember 2016 dan 9 Jun 2017 dan didakwa mengikut Seksyen 403 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan sebat serta denda.

Mahkamah membenarkan tertuduh masing-masing diikat jamin RM4,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan perlu melapor diri di balai polis berhampiran sekali sebulan dan menetapkan 3 September ini untuk sebutan semula kes. UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×