Pegawai khas Rosmah sambung reman dua hari lagi - Utusan Malaysia

Pegawai khas Rosmah sambung reman dua hari lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tempoh tahanan reman seorang bekas pegawai khas kepada isteri bekas Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor disambung dua hari lagi bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemasangan panel tenaga solar sekolah di Sarawak.

Perintah sambungan reman ke atas lelaki berpangkat Datuk itu dikeluarkan Majistret Shah Wira Abdul Halim sehingga Ahad ini selepas mendapat permohonan daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Terdahulu, lelaki berusia 44 tahun itu yang diwakili peguam Ridha Abdah Subri tiba di pekarangan Mahkamah Majistret di sini pada pukul 10.50 pagi dengan tangan bergari dan baju lokap SPRM berwarna jingga.

Memuatkan artikel berkaitan…

Sebelum ini, pegawai khas berkenaan ditahan reman empat hari selepas memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini, Isnin lalu.

Projek pemasangan panel tenaga solar di 369 sekolah di Sarawak yang bernilai RM1.25 bilion sedang disiasat oleh SPRM berikutan pelaksanaan projek berkenaan tidak melalui tender terbuka Kementerian Pendidikan sebaliknya diberikan secara terus kepada sebuah syarikat sewaan kereta di Bintulu, Sarawak. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×