Wanita warga Jepun maut terjun dari tingkat 20 - Utusan Malaysia

Wanita warga Jepun maut terjun dari tingkat 20

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA – Seorang wanita warga Jepun Kazuko Otsuka,62, maut di lokasi kejadian selepas terjun dari tingkat 20 sebuah kondominium di sini malam semalam.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd. Zani Che Din berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian tersebut pada pukul 7.27 malam.

“Panggilan tersebut memaklumkan seorang wanita warga Jepun telah terjun dari tingkat 20 sebuah kondominium di sini dan jatuh ke dalam kolam renang berhampiran.

“Mangsa yang juga baru bersara maut serta-merta di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Mohd. Zani menambah, kes tersebut telah dikelaskan sebagai kes bunuh diri dan berdasarkan siasatan awal, mangsa terjun melalui tingkap rumahnya dan terus jatuh ke dalam kolam renang.

“Mangsa yang tidak mempunyai anak sudah tinggal di Malaysia lebih dua tahun dan bekerja di sebuah syarikat Jepun yang mempunyai cawangan di negara ini.

“Dia sudah menetap di kondominium tersebut selama empat bulan dan sebelum ini menetap di Kondominium North Point di Kuala Lumpur selama dua tahun bersama suaminya sebelum beliau berpindah semula ke Jepun kerana urusan kerja,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×