Empat pengawal cedera dipukul - Utusan Malaysia

Empat pengawal cedera dipukul

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN – Gara-gara percaya dengan status tular di media sosial, kira-kira 60 warga tempatan merusuh di pos pengawal Taman Perindustrian Kuantan Malaysia-China (MCKIP) di Gebeng di sini kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, empat pengawal keselamatan ce­dera dengan salah seorang daripadanya parah.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mangsa berusia 28 tahun patah kaki kiri manakala tiga lagi berusia lingkungan 28 hingga 31 tahun cedera ringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Menurutnya, difahamkan kejadian tersebut dipercayai bermotifkan membalas dendam atas satu insiden yang tular di media sosial.

“Kumpulan lelaki berkenaan telah pergi ke pos pengawal itu dan menimbulkan kekecohan sehingga lapan pengawal beredar dari situ kerana kumpulan berkenaan bertindak membaling objek, memecahkan cermin dan merosakkan pos pengawal.

“Akibat rusuhan itu, empat pengawal keselamatan cedera dan seorang daripadanya parah dipukul dengan objek dipercayai besi. Mangsa yang patah kaki itu dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×