Penerbangan pertama 14 Julai ini - Utusan Malaysia

Penerbangan pertama 14 Julai ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Penerbangan pertama yang membawa jemaah haji Malaysia ke Tanah Suci Mekah, Arab Saudi bagi tahun ini dijadualkan bermula pada 14 Julai ini.

Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji, Datuk Seri Johan Abdullah (gambar) berkata, penerbangan terakhir pula akan berlepas pada 14 Ogos depan.

Menurutnya, sebanyak 30,200 jemaah haji Malaysia dijangka berlepas ke Tanah Suci secara berperingkat-peringkat menerusi 81 penerbangan sewa khas Malaysia Airlines dan Flynas manakala penerbangan pulang dijadualkan dari 29 Ogos hingga 25 September depan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Beliau berkata, operasi musim haji tahun ini bagi jemaah dari Lembah Klang dan negeri sekitarnya bakal mencatat sejarah apabila buat pertama kali mereka ditempatkan di Kompleks Tabung Haji Sepang sekali gus menggantikan Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya yang telah beroperasi selama 36 tahun sejak tahun 1982.

“Bagi tahun ini, kuota haji rasmi negara masih lagi kekal sebanyak 30,200 jemaah.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini