Pas tak halang pelancong berbikini - Utusan Malaysia

Pas tak halang pelancong berbikini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU – Kerajaan Pas Terengganu tidak berhasrat untuk menghalang pelancong bukan ber­agama Islam dari dalam mahupun luar negara untuk mengadakan aktiviti pelancongan ter­ma­suk memakai bikini di kawasan pantai dan pulau peranginan di negeri ini.

Pengerusi Jawatan­kuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Terengganu, Mohd. Nor Hamzah berkata, ke­putusan itu dibuat selaras dengan sikap tole­ransi kerajaan negeri dalam me­ngurus keharmonian masyarakat kerana pakaian bikini adalah hak pelancong bukan Islam dan dianggap lazim di kawasan pelancongan.

“Kita juga tidak merancang untuk mengenakan sesuatu hukuman dan halangan yang keras terhadap pelancong yang bukan beragama Islam termasuk memakai bikini.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Cara pemakaian itu adalah hak mereka dan biasa dipakai apabila berada di kawasan pelancongan.

“Namun, ada kemungkinan satu perbincangan akan diadakan bersama mereka (pelancong asing) untuk membuat sesuatu perubahan mengikut ke­sesuaian pada masa yang akan datang,” ujarnya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

 

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini