Uruguay mula rasai kesukaran - Utusan Malaysia

Uruguay mula rasai kesukaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROSTOV – Jurulatih Uruguay, Oscar Tabarez merasakan saingan pada kempen Piala Dunia bukan semudah yang disangkakan selepas mereka hanya mencatatkan kemenangan 1-0 ketika berdepan Arab Saudi kelmarin.

Dalam aksi tersebut, penyerang Barcelona, Luis Suarez menjaringkan gol tunggal perlawanan yang berlangsung di Arena Rostov dan ia adalah penampilannya yang ke-100 buat skuad kebangsaan.

Arab Saudi sebelum ini kecundang 0-5 kepada pasukan tuan rumah, Rusia dalam perlawanan pembukaan Kumpulan A, namun aksi kali ini menyaksikan mereka berjaya menyusun permainan dengan baik sehingga menyukarkan Uruguay menambah jaringan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Perkara paling penting membuatkan saya terkejut adalah prestasi pemain yang kurang baik pada separuh masa pertama dan gagal beraksi seperti sebelum ini.

“Pasukan lawan juga tidak memberikan laluan yang mudah buat kami untuk terus mencari gol tambahan dalam perlawanan kali ini.

“Sesetengah orang pasti me-ngatakan kami akan menang mudah dalam aksi tersebut kerana mereka hanya berbicara mengenai Rusia, Mesir dan Arab Saudi tanpa mengetahui hal sebenar yang perlu dihadapi pemain.

“Dalam kempen kali ini terdapat ba-nyak kejutan telah berlaku, namun kita perlu sedar masih belum ada perlawanan yang mencatatkan keputusan 10-1 dalam Piala Dunia sebelum ini,” kata Tabarez.

Uruguay kini berada di tangga kedua Kumpulan A di belakang Rusia selepas masing-masing mengumpul enam mata dan sudah terselamat untuk berada bersama 16 pasukan terbaik bagi kempen kali ini. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini