[VIDEO] Jersi Piala Dunia 2018 tiruan nilai RM500,000 dirampas - Utusan Malaysia

[VIDEO] Jersi Piala Dunia 2018 tiruan nilai RM500,000 dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 21 Jun – Tindakan sebuah syarikat mengaut untung dengan menjual jersi dan beberapa barangan Piala Dunia 2018 tiruan membawa padah apabila premisnya di sebuah pusat beli belah di Chow Kit di sini diserbu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur (KL), hari ini.

Operasi diketuai Ketua Unit Perihal Dagangan KPDNKK KL, Ahmad Wildan Mat Hussin bersama 15 anggotanya itu berjaya merampas 250,000 barangan pelbagai jenis jenama Adidas, Puma dan Nike yang dianggarkan bernilai RM500,000.

Ketua Pegawai Penguat kuasa KPDNKK Kuala Lumpur, Low Swee Hon berkata, rampasan dibuat selepas pihaknya membuat pemantauan selama dua minggu di premis berkenaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mereka menggunakan ‘runner’ untuk mengambil barang di stor simpanan berikutan premis yang menjualnya hanya mempamerkan contoh rekaan sahaja. Siasatan mendapati perniagaan ini telah beroperasi selama setahun.

“Susulan itu, lima individu berusia 30 hingga 40 tahun membabitkan dua warga Pakistan, dua warga Indonesia dan seorang warga tempatan ditahan dan disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Perihal Dagangan 2011,” katanya dalam sidang akhbar selepas Operasi Barangan Tiruan Piala Dunia 2018, di sini hari ini.

Menurut Swee Hon, pemilik perniagaan tersebut turut menjual barangan tersebut secara borong dan runcit dengan harga sekitar RM20 hingga RM30 mengikut kualiti. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini