Kurangkan beban doktor langkah tepat - Utusan Malaysia

Kurangkan beban doktor langkah tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Jun. – Cadangan Kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk mengkaji semula waktu bekerja dalam kalangan doktor yang menjangkau sehingga lebih 30 jam tepat pada masanya.

Presiden Persatuan Orang Kota Bharu (POKB), Datuk Shiekh Ahmad Dasuki Shiekh Mohamed berkata, langkah tersebut juga dilihat mampu meredakan tekanan dan beban tugas yang terpaksa ditanggung oleh doktor sebelum ini.

Menurutnya, POKB juga berharap kerajaan dapat menyemak semula skim gaji pegawai perubatan bagi mengelakkan mereka berhijrah ke hospital swasta.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Keadaan ini boleh menyebabkan hospital kerajaan kekurangan doktor pakar dan pegawai perubatan terlatih serta berpengalaman untuk memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Menteri Kesihatan, Dr Dzulkefly Ahmad yang mahu meneliti beban tugas doktor yang terpaksa bertugas sehingga 30 jam.

Shiekh Ahmad memberitahu, tindakan itu juga dilihat mampu meningkatkan lagi produktiviti kerja dalam kalangan doktor.

Katanya, tugas sebagai doktor memerlukan komitmen dan pengorbanan tinggi kerana ia melibatkan kesihatan rakyat.

“Apa yang dilakukan oleh kerajaan ini wajar diberikan sokongan penuh.

“Bila doktor bekerja dalam keadaan selesa, rakyat akan turut sama dapat merasai limpahan manfaat tersebut,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini