150 golongan memerlukan di Melaka terima sumbangan - Utusan Malaysia

150 golongan memerlukan di Melaka terima sumbangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 13 Jun – Seramai 150 anak yatim dan golongan asnaf dari seluruh negeri ini diberi sumbangan dalam satu majlis anjuran Badan Kebajikan Amal Isteri Wakil-wakil Rakyat Pakatan Harapan Melaka (Harwanis) bersama Syarikat Mamee Double Decker (M) Berhad (Mamee).

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, golongan tersebut menerima sumbangan duit raya RM100 seorang dan produk makanan daripada Mamee bagi meringankan beban keluarga masing-masing menjelang sambutan Aidilfitri.

“Sekecil mana sumbangan yang dihulurkan, ia cukup bermakna kepada si penerima yang hidup serba kekurangan, malah ‘buah tangan’ yang tidak seberapa itu mampu menerbitkan senyuman, walaupun cuma untuk seketika.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Semoga bantuan ini sedikit sebanyak dapat memberi sinar dan kegembiraan kepada para penerima dalam membuat persiapan dan meraikan Aidilfitri nanti,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perasmian Penyampaian Sumbangan Aidilfitri Kepada Anak Yatim dan Golongan Asnaf anjuran Harwanis bersama Mamee di kilang Mamee, Ayer Keroh di sini sebentar tadi.

Yang turut hadir, Pengerusi Harwanis, Dalilah Awaluddin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, Damian Yeo Shen Li; Ketua Pegawai Eksekutif Mamee Double Decker (M) Berhad, Tan Sri Pang Tee Chee dan Pengarah Urusan Double Decker (M) Berhad, Datuk Gary Choo Kok Sen.

Sementara itu, Adly memberitahu, kerajaan negeri juga menggalakkan syarikat-syarikat swasta untuk menyampaikan sumbangan mahupun bantuan kepada golongan memerlukan tanpa mengira masa. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini