Drama tebusan AS ragut nyawa kanak-kanak - Utusan Malaysia

Drama tebusan AS ragut nyawa kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Sebuah drama tebusan di negeri Florida, Amerika Syarikat (AS) berakhir kelmarin dengan kematian empat kanak-kanak di tangan seorang lelaki bersenjata yang juga membunuh diri, kata polis.

Tragedi itu bermula Ahad lalu apabila polis bertindak selepas menerima aduan tentang keganasan domestik di sebuah pangsapuri dan seorang anggotanya ditembak. Anggota tersebut masih kritikal.

Suspek terus bersembunyi di dalam pangsapuri itu sepanjang malam dan seharian kelmarin bersama kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berumur 1, 6, 10 dan 11 tahun.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebentar tadi, kami berjaya masuk ke dalam pangsapuri itu. Kami menemui keempat-empat kanak-kanak itu dibunuh oleh suspek dengan kesan tembakan,” kata Ketua Polis Orlando, John Mina pada satu sidang akhbar sejurus sebelum tengah malam semalam.

“Nampaknya, suspek turut membunuh diri,” tambah Mina.

Akhbar Orlando Sentinel melaporkan, lelaki bersenjata itu dikenal pasti sebagai Gary Lindsey, 35, dan merupakan seorang penjenayah yang berada di bawah pemerhatian polis kerana kesalahan membakar harta benda awam dan jenayah lain.

Dua kanak-kanak itu dipercayai anak suspek, manakala dua lagi ialah anak teman wanitanya yang membuat aduan polis kerana Lindsey kerap memukul mangsa, demikian menurut akhbar sama.

Wanita itu menghubungi pihak polis selepas melarikan diri dari pangsapuri tersebut pada malam Ahad lalu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini