Shukry nafi rumah di Presint 10 ada kaitan dengan Najib - Utusan Malaysia

Shukry nafi rumah di Presint 10 ada kaitan dengan Najib

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Susulan serbuan polis ke atas rumah di Precint 10, Putrajaya yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak kelmarin, seorang bekas kakitangan bekas Perdana Menteri itu mengesahkan beliau sebelum ini tinggal di sana.

Namun, beliau menafikan sebarang hubungan dengan serbuan itu.

Bekas Setiausaha Sulit Najib, Tan Sri Shukry Mohd. Salleh berkata, beliau tinggal di rumah tersebut selama tujuh tahun bermula tahun 2009 hingga bersara dua tahun lalu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Saya tinggal di sana sampai tidak lagi menjadi kakitangan awam dan mengikut prosedur, saya menyerahkan semula kunci rumah itu dan tidak ada kena mengena lagi dengan rumah itu,” katanya kepada Malay Mail se­perti yang dipetik Malaysiakini semalam.

Kelmarin, pasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman berjaya merampas barangan berjenama mewah yang dikaitkan de­ngan dana yang diselewengkan daripada 1MDB dari rumah itu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini