PUTRAJAYA 12 Jun – Kira-kira 11,000 anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bertugas sepanjang masa ketika musim perayaan Aidilfitri kali ini.
Ketua Pengarah JBPM, Mohammad Hamdan Wahid berkata, cuti perayaan sebanyak 20 peratus daripada 14,500 anggota bomba di seluruh negara dibekukan.
“Selain mereka yang tertugas di 290 balai bomba seluruh negara, kita juga meletakkan anggota di 18 lokasi di Lebuh Raya Utara Selatan dan Lebuh Pantai Timur untuk memantau pergerakan trafik orang ramai pulang ke kampung halaman.
“JBPM bekerjasama dengan agensi-agensi untuk menjalankan tugas pemantauan sepanjang sambutan Aidilfitri, “ katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.
Terdahulu, Mohammad Hamdan memulakan Ketua Pengarah JBPM yang baharu bermula hari ini.
Ketibaan beliau di Ibu Pejabat JBPM disambut pengurusan kanan dan pegawai-pegawai jabatan.
Sebaik tiba, Mohammad Hamdan menerima tabik hormat dan melakukan pemerikaan kawalan hormat.
Beliau dilantik sebagai Ketua Pengarah JPBM berkuat kuasa semalam bagi menggantikan Datuk Seri Wan Mohd. Nor Ibrahim yang bersara wajib pada 2 Mei lalu.-UTUSAN ONLINE











