Polis Sarawak lancar Ops Selamat sempena Aidilfitri - Utusan Malaysia

Polis Sarawak lancar Ops Selamat sempena Aidilfitri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING – Polis Sarawak hari ini melancarkan Ops Selamat 13/2018 sempena perayaan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Ketua Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Sarawak, Senior Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, operasi tersebut diadakan selama 15 hari bermula 8 hingga 22 Jun depan.

Menurutnya, seramai 850 pegawai dan anggota terlibat bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya dan rumah-rumah yang ditinggalkan berada dalam keadaan selamat.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Lokasi tumpuan sepanjang operasi ini adalah di kawasan yang kerap berlaku kemalangan dan lokasi panas kejadian pecah rumah.

“Operasi ini dilaksanakan berteraskan kaedah ‘Total Enforcement’ memandangkan konsep advokasi dan kesedaran tidak memberi kesan kepada pengguna jalan raya,” katanya di sini hari ini.

Mengulas lanjut, beliau memberitahu, operasi juga akan tertumpu kepada keselamatan pengguna pengangkutan air di seluruh negeri. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini