Trump, Jong-un sudah berada di Singapura untuk rundingan bubar program nuklear - Utusan Malaysia

Trump, Jong-un sudah berada di Singapura untuk rundingan bubar program nuklear

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un dan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump sudahpun berada di sini dua hari lebih awal untuk menyertai sidang kemuncak bersejarah pada Selasa ini.  

Trump mendarat di Pangkalan Udara Paya Lebar dengan pesawat Air Force One sekitar pukul 8.30 malam selepas keluar awal dari Sidang Kemunck G7 di Kanada.

Terdahulu, pada sebelah tengah hari Jong-un mendarat di Lapangan Terbang Changi dengan penerbangan Air China.

Memuatkan artikel berkaitan…

Kedua-dua pemimpin disambut oleh Menteri Luar Singapura, Vivian Balakrishnan.

Sidang kemuncak ‘damai nuklear’ akan berlangsung di Hotel Capella, Pulau Sentosa.

Sidang itu bertujuan antara lain untuk melihat Korea Utara ‘membubarkan’ program nuklear dan sebagai balasan ia mendapat jaminan kebebasan ekonomi dan keselamatan.  

Mesyuarat pertama antara kedua-dua pemimpin itu dibatalkan hanya dua minggu lepas tetapi kemudian dipulihkan semula.

Jong-un menginap di Hotel St Regis pada jarak kurang satu kilometer dari Hotel Shangri-La di mana berada penginapan Trump. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini