Budak maut dirempuh lori ikan - Utusan Malaysia

Budak maut dirempuh lori ikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU – Seorang budak lelaki berusia enam tahun maut dirempuh sebuah lori membawa muatan ikan ketika melintas jalan di hadapan flat Taman Sahabat, Lorong Gertak Sanggul 1, Teluk Kumbar di sini kelmarin.

 

Dalam kejadian kira-kira pukul 11 malam itu, mangsa, Muhammad Sabirin Khasim (gambar kecil) disahkan meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau.

Sebelum kejadian, mangsa dikatakan sedang bermain bersama beberapa rakan di pekara­ngan flat rumah sewa keluarganya.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua Polis Daerah Balik Pulau, Superintendan A. A. Anbalagan berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa cuba melintas jalan dari simpang kiri kawasan perumahan sebelum dia dirempuh sebuah lori yang bergerak di laluan lurus.

Katanya, rempuhan tersebut menyebabkan mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan kaki kiri manakala pemandu lori berusia 32 tahun tidak cedera.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini