Malaysia tidak mohon ekstradisi - Utusan Malaysia

Malaysia tidak mohon ekstradisi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerajaan tidak membuat permohonan eks­tradisi agar bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Bukit Aman, Sirul Azhar Umar yang disabitkan dengan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

SIRUL
SIRUL

Perdana Menteri berkata, bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati atas pertuduhan membunuh model Mongolia, Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

“Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air,” kata Mahathir pada sidang akhbar di sini semalam.

Laporan akhbar harian Uni­ted Kingdom, The Guardian semalam menyebut pihak berkuasa Australia telah membenarkan permohonan Malaysia agar Sirul diekstradisi dan dijangka pulang ke negara ini dalam tempoh sebulan.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini