Berebut tangkap Jho Low - Utusan Malaysia

Berebut tangkap Jho Low

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli perniagaan yang dikaitkan dengan skandal 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low bukan sahaja menjadi buruan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) malah turut dicari oleh pihak berkuasa Si­ngapura.

Tiga pihak berkuasa Singapura iaitu Jabatan Peguam Negara Si­ngapura, Pasukan Polis Singapura dan Pihak Berkuasa Kewangan Singapura dalam satu kenya­taan bersama menyebut Jho Low, 37, diburu kerana dikaitkan dengan aktiviti pengubahan wang ha­ram di republik berkenaan dan kesalahan lain berkaitan 1MDB sejak Mac 2015.

Polis Antarabangsa (Interpol) juga telah mele­takkan Jho Low dan rakan perniagaannya, Tan Kim Loong dalam senarai notis merah atau waran tangkap tertangguh terhadap mereka sejak Oktober 2016 atas permintaan pemerintah Si­ngapura.

Memuatkan artikel berkaitan…

Satu sumber SPRM memberitahu, waran tangkap juga akan dikeluarkan terhadap Pengarah Urusan SRC International Sdn. Bhd. (SRC), Nik Faisal Ariff Kamil Nik Othman Arif Kamil dan bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Halmi dan bekas tokoh perbankan Goldman Sachs, Roger Ng.

“Sebelum ini kami sudah meminta mereka tampil bagi membantu siasatan namun tiada kerjasama daripada mereka menyebabkan kami terpaksa mengeluarkan waran tangkap,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini