Real sedia lepaskan Ronaldo - Utusan Malaysia

Real sedia lepaskan Ronaldo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MADRID – Read Madrid dilaporkan telah mengarahkan Cristiano Ronaldo mencari sendiri ‘pembelinya’ jika penyerang sensasi berkeras untuk meninggalkan The Galacticos pada musim depan.

RONALDO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Real selepas
RONALDO dilaporkan sudah bersedia untuk meninggalkan Real selepas kelab itu enggan memenuhi tuntutannya untuk mendapatkan tawaran kontrak yang lebih lumayan.

Spekulasi itu timbul sebaik rundingan ejen Ronaldo, Jorge Mendes bersama Real pada Selasa lalu apabila juara 13 kali Eropah tersebut dilihat tidak berminat untuk memberikan kontrak lumayan seperti yang dikehendaki kapten Portugal tersebut.

Menurut laporan di Sepanyol, pemain berusia 33 tahun itu telah bersedia untuk meninggalkan Santiago Bernabeu selepas tuntutannya ditolak Real.

Memuatkan artikel berkaitan…

Apa yang pasti, Real lebih berminat untuk menggunakan hasil penjualan Ronaldo bagi menampung dana untuk menyambar khidmat penyerang Paris Saint-Germain (PSG), Neymar.

Presiden Real, Florentino Perez telah menjadikan Neymar sebagai buruan utamanya pada musim panas ini selain menganggap bintang Brazil itu mampu menggantikan Ronaldo jika bekas pemain Manchester United tersebut meninggalkan Real.

Bagaimanapun, Real berdepan tugas sukar memandangkan tanda harga Neymar dianggarkan bernilai €400 juta (RM1.8 bilion) jika mahu membelinya dari kelab gergasi Perancis itu.

Ronaldo dikhabarkan mahu meninggalkan Real selepas mendapati dirinya ditipu oleh Perez yang sebelum ini berjanji menawarkannya kontrak lumayan.

PSG, United dan Bayern Munich antara pasukan yang sedang memantau Ronaldo dan bersedia mendapatkan pemenang lima kali Ballon d’Or itu jika dia serius mahu meninggalkan Real pada musim depan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini