Siti Nurhaliza hadir mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan - Utusan Malaysia

Siti Nurhaliza hadir mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nur­haliza Tarudin (gambar) muncul di Menara Ilham di sini semalam bagi mewakili industri seni dan hiburan ke mesyuarat bersama Majlis Penasihat Kerajaan.

Beliau yang kelihatan anggun berbaju kurung moden warna biru lembut hadir mewakili bidang seni muzik dan persembahan nyanyian.

Turut hadir Jo Kukhatas, Eddin Khoo dan Hassan Muthalib mewaki­li bidang seni masing-masing serta bekas Ketua Pengarah Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Kamil Othman.

Ketika ditemui pemberita selepas mesyuarat itu, Siti Nurhaliza berkata, perbincangan tersebut bertujuan memberikan panda­ngan dan cadangan bagi menaik­kan mutu industri negara dan ia mendapat reaksi positif anggota Majlis Penasihat Kerajaan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini