Kumpulan H penuh variasi - Utusan Malaysia

Kumpulan H penuh variasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

AKSI Kumpulan H adalah yang paling menarik untuk ditonton kerana ia melibatkan campuran pasukan dari pelbagai benua iaitu Jepun mewakili Asia, Poland dari Eropah, Colombia (Amerika Selatan) dan Senegal (Afrika).

Kelainan yang ada dalam Kumpulan H pastinya menjanjikan gaya permainan berlainan daripada setiap pasukan, malah saingan pasti menjadi lebih mencabar bagi melepasi peringkat kumpulan.

Berdasarkan ranking semasa Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) Poland adalah yang terbaik dalam Kumpulan H dengan menghuni tangga kelapan dunia, namun prestasi pasukan Eropah itu dalam beberapa perlawanan antarabangsa akhir-akhir ini agak mengecewakan.

Memuatkan artikel berkaitan…

Skuad yang dikenali sebagai The Eagle itu dilihat bergantung kepada pemain seperti Robert Lewandowski (penyerang Bayern Munich), Wojciech Szczesny (penjaga gol Juventus) dan Arkadiusz Milik (penyerang Napoli).

Poland mungkin berdepan laluan sukar untuk muncul sebagai juara Kumpulan H kerana cabaran bakal diberikan Colombia.

Reputasi Colombia ketika ini tidak boleh diragui kerana mereka mempunyai corak permainan menyerang yang amat luar biasa malah pasukan itu memiliki pertahanan muda seperti Davinson Sanchez (Tottenham) dan Yerry Mina dari Barcelona.

Dalam kempen Piala Dunia 2018, Colombia meletakkan sandaran kepada pemain bintang seperti James Rodriguez (Bayern Munich), Radamel Falcao (Monaco) dan Carlos Sanchez (Fiorentina) untuk meledak gol.

Ada juga yang meramalkan Colombia akan menjadi juara Kumpulan H manakala Poland di kedudukan kedua.

Dua lagi pasukan iaitu Jepun dan Senegal dilihat terpaksa bekerja lebih keras untuk melepasi peringkat kumpulan namun dalam bola sepak pastinya sentiasa ada kejutan.

Aksi pemain Jepun seperti Shinji Okazaki dan Sadio Mane dari Senegal pastinya akan dinanti oleh peminat bola sepak terutama peminat Liga Perdana Inggeris biarpun dua pasukan tersebut dianggap underdog.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini