Royalti minyak disalur terus kepada kerajaan negeri - Utusan Malaysia

Royalti minyak disalur terus kepada kerajaan negeri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 7 Jun – Kerajaan Persekutuan bersetuju untuk menyalurkan wang royalti mi­nyak secara terus kepada kerajaan-kerajaan negeri tanpa me­ngira parti mana yang mentadbir negeri berkenaan.

Menteri Besar Te­rengganu, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar ber­kata, perkara ber­kenaan telah dimaklumkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Ma­hathir Mohamad dalam Mesyuarat Majlis Kewangan Negara 2018 yang berlangsung di Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Ujar beliau, jumlah peratusan royalti dan butiran lanjut me­ngenai perkara ber­kenaan bagaimanapun masih belum diperincikan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sebelum ini (semasa kerajaan dahulu) wang berkenaan diberi kepada agensi pusat di negeri dalam jabatan pembangunan persekutuan, contohnya.

“Tetapi (kali ini) akan diberi terus kepada kerajaan ne­geri, tidak kira daripada parti mana ne­geri itu ditadbir, tidak semestinya parti yang sama de­ngan kerajaan Pusat,” katanya kepada pemberita selepas mengha­diri mesyuarat yang dipengerusikan Dr. Mahathir itu di sini hari ini.

Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng serta Menteri-menteri Besar, Ketua-ketua Menteri dan Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri.

Buat ketika ini, negeri-negeri pengeluar hasil minyak Sabah dan Sarawak menerima royal­ti minyak lima peratus, namun Terengganu dan Kelantan hanya menerima wang ehsan.

Antara kandung­an Manifesto Pakatan Harapan untuk Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) adalah berjanji akan menyalurkan royalti sebanyak 20 peratus kepada negeri pengeluar hasil bumi itu.

Menurut Ahmad Sam­suri, bagi negeri-negeri yang sebelum ini hanya menerima wang ehsan, kadar ro­yalti sepatutnya dibayar se­kurang-kurangnya lima peratus.

Beliau bagaima­na­pun enggan me­­ngulas lanjut me­ngenai jumlah kadar asal ro­yalti yang diminta oleh Kerajaan Negeri Terengganu.

Dalam pada itu, ketika diminta me­ngulas mengenai pe­nyalur­an peruntukan RM100,000 kepada ahli Parlimen pembangkang berban­ding RM500,000 kepa­da ahli Parlimen Pakatan Harapan, Ahmad Samsuri ber­kata, pi­haknya tetap menghargai pemberian berkenaan.

“Saya ucapkan terima kasih walaupun jumlahnya tidak sama tetapi pemberian tetap pemberian,” katanya yang juga memberitahu kerajaan negeri perlu menilai dahulu kedudukan kewangan sebelum membuat keputusan me­ngenai peruntukan kepada Ahli-ahli Dewan Undangan Negeri.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini