Tingkat keselamatan perairan negara - Utusan Malaysia

Tingkat keselamatan perairan negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Keselamatan di kawasan perairan Laut China Selatan akan terus diperkasakan bagi memastikan kedaulatan negara terjamin daripada sebarang anasir luar.

Menteri Pertahanan, Moha­mad Sabu berkata, perkara tersebut mendapat perhatian Sultan Se­langor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang mahu kementerian­nya mempertingkatkan kekuatan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) terutamanya di perairan tersebut.

“Memandangkan Laut China Selatan kini menjadi perebutan kuasa besar, Malaysia (menerusi TLDM) harus sentiasa bersiap-siaga, bukan untuk berperang tetapi sebagai kawalan untuk menjaga kedaulatan tanah air dan perairan negara yang begitu luas,” katanya ketika ditemui pemberita di Istana Bukit Ka­yangan di sini semalam.

Memuatkan artikel berkaitan…

Terdahulu beliau bersama Panglima Tentera Laut, Tan Sri Ahmad Kamarulzaman Ahmad Badaruddin menghadap Sultan Sharafuddin yang merupakan Kepten Yang di-Pertua TLDM selama lebih sejam selepas memasuki Istana Bukit Kayangan kira-kira pukul 10 pagi.

Pertemuan itu merupakan kali pertama dilakukan Mohamad Sabu sejak menerajui Kementerian Pertahanan pada 21 Mei lalu.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini