Syed Saddiq jangan sibuk urusan UMNO, tunaikan janji PRU14 - Utusan Malaysia

Syed Saddiq jangan sibuk urusan UMNO, tunaikan janji PRU14

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 7 Jun – Ketua Pemuda PPBM, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman diminta untuk tidak menyibuk urusan UMNO terutama dalam pemilihan jawatan Ketua Pemuda UMNO.

Ketua Pemuda UMNO Pahang, Mohd. Shahar Abdullah berkata, Syed Saddiq yang juga Ahli Parlimen Muar sebaliknya perlu menumpukan usaha menunaikan janji-janji yang dibuat Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu.

“Syed Saddiq perlu menjadi Menteri Belia bagi menumpukan usahanya membantu peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bergaji RM4,000 ke bawah yang mengharapkan Pakatan Harapan menunaikan janji mereka sebelum menang PRU14.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syed Saddiq kena sedar, ramai anak-anak muda juga ternanti-nantikan satu juta peluang pekerjaan yang dijanjikan Pakatan Harapan walaupun kerajaan baru kini sedang sibuk bertungkus-lumus untuk menggambarkan ekonomi negara seakan-akan tenat,” kata Mohd. Shahar dalam satu kenyataan akhbar hari ini.

Mohd. Shahar yang juga Ahli Parlimen Paya Besar mengulas kenyataan Syed Saddiq baru-baru ini yang menasihati UMNO agar memilih Ketua Pemuda UMNO berumur bawah 4o tahun.

Mohd. Sahar berkata, pemimpin Pakatan Harapan termasuk Syed Saddiq sedang dinilai oleh masyarakat terutama anak-anak muda yang akan sekali lagi mengundi dalam masa lima tahun lagi.-UTUSAN ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini