Jawatan 17,539 kakitangan kontrak, tetap termasuk guru Kemas dikekalkan - Utusan Malaysia

Jawatan 17,539 kakitangan kontrak, tetap termasuk guru Kemas dikekalkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANTING – Seramai 17,539 kakitangan kontrak dan tetap Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) yang terdiri daripada pelbagai jurusan dan gred jawatan akan dikekalkan.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Rina Mohd. Harun berkata, kesemua perjawatan berkenaan akan dikekalkan dan semua kakitangan berkenaan dikehendaki untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Katanya, kesemua kakitangan ini merupakan lantikan daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan bukannya lantikan politik.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Bagaimanapun, kementerian telah mengenalpasti seramai 600 kakitangan Kemas termasuk guru yang terlibat aktif dalam politik termasuk memegang pelbagai jawatan diperingkat cawangan mahupun bahagian,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas membuat lawatan ke Tabika Kemas Kampung Olak Lempit, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Kemas, Datuk Amiruddin Ariffin.

Mengulas lanjut, Rina berkata, kakitangan yang terlibat dalam politik ini perlu membuat pilihan sama ada terus kekal dalam jawatan atau melepaskannya dan terlibat aktif dalam politik.

“Langkah ini bagi memastikan kakitangan tersebut dapat memberi fokus kepada tugas mereka dalam mendidik seterusnya memberikan pendidikan awal kanak-kanak yang berkualiti,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini