THM kumpul RM43.1j - Utusan Malaysia

THM kumpul RM43.1j

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 6 Jun – Tabung Harapan Malaysia (THM) berjaya mengumpulkan sebanyak RM43.1 juta setakat 3 petang hari ini sejak ia dilancarkan minggu lalu.

Jumlah kutipan tersebut dikeluarkan Kementerian Kewangan dalam satu kenyataan di sini.

THM dilancarkan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas ramai pihak menyuarakan hasrat mereka untuk membantu kerajaan mengurangkan hutang negara yang berjumlah RM1 trilion.

Memuatkan artikel berkaitan…

Susulan itu, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan rakyat yang ingin menyumbang kepada THM boleh menyalurkan sumbangan mereka menerusi akaun Maybank 5660-1062-6452.

Jumlah kutipan tabung tersebut akan dikemaskini pada 3 petang setiap hari melalui laman web Kementerian Kewangan. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini