BNM ‘tiada komen’ berhubung peletakan jawatan Gabenor - Utusan Malaysia

BNM ‘tiada komen’ berhubung peletakan jawatan Gabenor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 5 Jun – Bank Negara Malaysia (BNM) tidak mahu memberi sebarang komen berhubung khabar angin peletakan jawatan Gabenor, Tan Sri Muhammad Ibrahim.

“No komen,” reaksi ringkas da­ripada jurucakap BNM menerusi aplikasi Whatsapp di sini hari ini.

Bloomberg yang memetik sumber melaporkan Muhammad menawarkan diri untuk meletakkan jawatan setelah memegang jawatan itu selama dua tahun. Bagaimanapun, tidak dapat dinyatakan secara jelas sama ada kerajaan menerima tawaran tersebut atau tidak.

Memuatkan artikel berkaitan…

Langkah itu dibuat lebih kurang sebulan selepas Pakatan Harapan membentuk kerajaan dan Menteri Kewangan yang baharu dilantik, Lim Guan Eng menimbulkan persoalan mengenai pembelian tanah oleh BNM daripada kerajaan terdahulu.

Februari lalu, Muhammad berkata, pembe­lian tanah seluas 22.58 hektar oleh BNM untuk proses penem­patan semula Universiti Kewangan Islam Global (Inceif) dan Akademi Kajian Syariah Antarabangsa Dalam Kewa­ngan Islam (ISRA), dibuat tanpa tekanan dari­pada kerajaan.

Malah, beliau menjelaskan proses rundingan antara BNM dan kerajaan untuk tujuan pembelian tanah berkenaan berlangsung selama beberapa bulan.

Dalam kenyataan 24 Mei lalu, bank pusat menegaskan urusan pembelian tanah seluas 22.58 hektar bernilai RM2 bilion telah dibuat oleh BNM berlandaskan prinsip urus niaga telus dan dibeli pada harga wajar yang ditentukan oleh jurunilai harta tanah bebas.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini