Henti publisiti murahan beri bantuan golongan miskin - Utusan Malaysia

Henti publisiti murahan beri bantuan golongan miskin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 4 Jun – Pelbagai pihak termasuk pemimpin politik dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) digesa berhenti mencari publisiti menerusi pemberian bantuan kepada golongan memerlukan sepanjang Ramadan dan Aidilfitri.

S. M. MOHAMED IDRIS

Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), S. M. Mohamed Idris berkata, tindakan itu merendahkan maruah penerima bantuan memandangkan status kemiskinan mereka disiarkan kepada pengetahuan umum.

Memuatkan artikel berkaitan…

Katanya, golongan miskin tidak seharusnya dilayan sebagai objek kebajikan untuk mendapatkan publisiti dan memperbaiki imej pertubuhan atau pemimpin tertentu.

Jelas beliau, tindakan itu merupakan amalan biasa di Barat oleh pemimpin korporat untuk melindungi eksploitasi dan kemusnahan alam sekitar yang dilakukan mereka untuk mendapat penghormatan daripada negara.

“Kita tidak seharus­nya mengikuti contoh mereka (Barat) yang suka menipu.

“Hakikatnya tiada se­orang pun daripada kita yang mahu berada dalam kedudukan se­perti mereka (golongan miskin) dan kita mestilah melindungi maruah dan harga diri mereka,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurut S. M. Mohamed, pihaknya percaya pemberi bantuan akan mendapat lebih keberkatan dengan mengunjungi mereka yang memerlukan di rumah atau pusat kebajikan untuk menyampaikan bantuan.

Dengan cara itu, jelas beliau, mereka akan lebih memahami keadaan kehidupan golongan berkenaan bagi memboleh­kan mencari jalan mengatasi masalah supaya dapat keluar daripada belenggu kemiskinan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini