Nasihat kepada ahli UMNO - Utusan Malaysia

Nasihat kepada ahli UMNO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

UNTUK seluruh ahli UMNO yang saya sayangi. Izinkan saya menyatakan pandangan setelah Barisan Nasional (BN) gagal meneruskan pentadbiran Malaysia selepas keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) baru-baru ini.

Buat pertama kalinya dalam sejarah, BN tidak berjaya menjadi pemerintah Kerajaan Persekutuan. Harap semua ahli UMNO jangan panik. Sebaliknya bertenang mengkaji sebab-sebab kekalahan tersebut.

Kemudian carilah formula yang terbaik untuk mengembalikan semula kecemerlangan UMNO. Saya mengambil kesempatan d sini menyatakan pandangan saya tentang kriteria calon-calon untuk pemilihan jawatan-jawatan dalam UMNO.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pertama, perlu ada gandingan pemimpin UMNO yang lama dan berpengalaman dengan orang muda untuk memantapkan semula parti.

Kedua, pilihlah calon yang bersih dan setia kepada UMNO dan sanggup berkorban masa, tenaga dan kewangan sendiri untuk mengembalikan kepercayaan dan sokongan rakyat kepada UMNO.

Buat masa sekarang, UMNO hendaklah menjadi pembangkang yang kuat dan berwibawa.

ZAI

Kuala Lumpur

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×