Ahli Parlimen Sungai Petani nafi dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen Sungai Petani nafi dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul dilaporkan antara nama menjadi pilihan untuk dilantik sebagai speaker Dewan Rakyat pada mesyuarat Pakatan Harapan (PH) Isnin lalu.

Terdahulu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail memberitahu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad akan mengumumkan perkara itu hari ini atau esok.

Antara nama yang turut menjadi sebutan untuk menjadi speaker merupakan bekas penasihat sosio budaya kerajaan, Tan Sri Rais Yatim.

Memuatkan artikel berkaitan…

Dewan Rakyat akan mengadakan mesyuarat pertama selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada Isnin ini.

Bagaimanapun, ahli Parlimen Sungai Petani daripada Parti Keadilan Rakyat itu ketika dihubungi malam tadi menafikan perkara itu dan menyifatkan perkara tersebut sebagai khabar angin. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×