Tindakan Numan tepat - Utusan Malaysia

Tindakan Numan tepat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU 10 Julai – Majlis Belia Negeri Terengganu (MBNT) menyifatkan langkah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Abdul Rahman memberi tempat kepada pejuang hak lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sebagai pegawainya memberi gambaran yang sangat tidak menyenangkan umat Islam.

Amirullah Othman
Amirullah Othman

Pengerusinya, Amirullah Othman berkata, MBNT memandang serius berhubung isu  pelantikan Numan Afifi sebagai ‘pegawai akhbar’ kepada Syed Saddiq yang memperlihatkan menteri itu seolah-olah begitu terbuka dalam gejala tersebut di bawah pendekatan ‘Malaysia Baharu’.

Sehubungan itu katanya, tindakan Numan yang dilaporkan meletakkan jawatan sebagai tepat dalam usaha memastikan pengaruh serong itu tidak menjadi ikutan khususnya membabitkan kalangan belia beragama Islam.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Syed Saddiq perlu lebih berhati-hati dalam membawa pendekatan pemikiran ‘Malaysia Baharu’ di samping menjadikan isu itu sebagai pengajaran amat penting agar tidak menjejaskan imej kerajaan dan kementeriannya, “ujar Amirullah.

Amirullah menyatakan demikian sewaktu mengulas mengenai isu pelantikan Numan Afifi sebagai ‘pegawai akhbar’ Menteri Belia dan Sukan yang mencetuskan kritikan banyak pihak kerana didakwa memperjuangkan hak LGBT dan  tidak sepatutnya dilantik sebagai kakitangan kementerian berkenaan.

Bagaimanapun, berikutan banyak kecaman diterima, Numan Afifi yang dikatakan banyak membantu Syed Saddiq dalam kempen Pilihan Raya Umum Ke-14   telah bertindak meletak jawatan namun menteri itu hari ini dilaporkan

menafikan telah membuat pelantikan.

Amirullah berkata, memandangkan kementerian tersebut berkait dengan golongan belia, tindak tanduk seorang menteri sudah pasti bakal menjadi perhatian. 

“Kita amat menyanjung sikap yang ditunjukkan oleh seorang menteri yang sanggup mengutip sampah selepas perlawanan bola sepak di stadium yang boleh dijadikan sebagai contoh terbaik, tetapi kita kurang  bersetuju apabila seorang menteri hanya berseluar pendek ketika berjogging bersama kakitangannya,”ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×