Semua mangsa dalam tragedi gua di Thailand berjaya dikeluarkan - Utusan Malaysia

Semua mangsa dalam tragedi gua di Thailand berjaya dikeluarkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CHIANG RAI, Thailand, 10 Julai – Semua 12 kanak-kanak lelaki bersama jurulatih bola sepak mereka yang terperangkap lebih dari dua minggu dalam gua Tham Luang di sini yang ditenggelami air berjaya diselamatkan dan dibawa keluar hari ini.

Menurut sumber dari unit elit tentera laut Thailand, kejayaan itu menamatkan misi menyelamat berbahaya yang mendapat perhatian dari seluruh dunia.

“Semua 12 anggota pasukan dan jurulatih mereka berjaya dikeluarkan dari gua itu dengan selamat,” demikian menurut catatan dalam facebook rasmi pasukan tentera laut Thailand itu.

Memuatkan artikel berkaitan…

Pamain bola sepak itu bersama jurulatih mereka terperangkap dalam gua itu sejak 23 Jun lalu ketika melakukan penjelajahan dalam kompleks gua di utara wilayah Chiang Rai itu selepas latihan bola sepak, namun hujan lebat menyebabkan terowong gua itu ditenggelami air.

Penyelam British menemukan kesemua 13 mereka dalam keadaan lapar dan berpelukan antara satu sama lain dalam kegelapan di tebing yang berlumpur dalam gua berkenaan beberapa kilometer dalam kompleks gua tersebut pada Isnin minggu lalu.

Selepas mengambil masa beberapa hari memikirkan usaha untuk menyelamat mangsa, operasi menyelamat dilancarkan pada Ahad lalu dengan empat kanak-kanak berjaya dibawa keluar.

Empat lagi mangsa berjaya dibawa keluar semalam dan empat mangsa terakhir bersama jurulatih mereka dibawa keluar hari ini. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×