Tutup tahfiz: Zainuddin ekstrem, jumud - Utusan Malaysia

Tutup tahfiz: Zainuddin ekstrem, jumud

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 10 Julai – Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan menyifatkan saranan bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin supaya sekolah tahfiz ditutup sebagai ekstrem dan berfikiran jumud.

Ketuanya, Mohd. Ali Jamil berkata, cadangan Zainuddin itu juga dilihat mahu memecahkan perpaduan dan kesatuan umat Islam.

Sehubungan itu, beliau berpendapat Zainuddin wajar dikenakan tindakan tegas terhadap perbuatan `menghasut’ tersebut.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Umat Islam tidak pernah ada masalah dengan sekolah tahfiz yang telah pun wujud beribu tahun lalu, sebelum kewujudan parti-parti politik di negara ini.

“Bahkan sistem sekolah tahfiz semakin mendapat kepercayaan ibu bapa. Namun, secara tiba-tiba Zainuddin pula merasa dengki dengan sekolah ini dan berusaha agar ia ditutup,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman Facebook Dewan Ulama Pas Wilayah Persekutuan hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×