Ibu bapa anggap isu anak nikahi lelaki 41 tahun selesai - Utusan Malaysia

Ibu bapa anggap isu anak nikahi lelaki 41 tahun selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG – Ibu bapa budak perempuan warga Thailand berusia 11 tahun yang bernikah dengan seorang peraih getah berumur 41 tahun menganggap isu tersebut selesai selepas lelaki itu didakwa di Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang semalam.

Bapanya, Mat Rashid Rimadsa, 49, tidak mahu perkahwinan anak perempuannya dijadikan isu sehingga menjejaskan kehidupan mereka sekeluarga kerana sejak perkara itu timbul, kerjanya sebagai penoreh getah terjejas.

“Setiap hari saya bersama isteri, Aminah Hitam dan anak terpaksa melayan orang yang bertanyakan perkara itu dan tidak ada masa untuk keluar menoreh getah,” katanya semasa ditemui di rumahnya di Kampung Panggong Lalat di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…

Semalam, Mahkamah Rendah Syariah Gua Musang mendenda peraih getah, Che Mohd. Karim Che Hamid sebanyak RM1,800 selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan iaitu berkahwin dan berpoligami tanpa kebenaran.

Hakim Mohd. Surbaineey Hussain menjatuhkan hukuman denda RM900 bagi setiap pertuduhan terhadap lelaki itu selepas mengaku bersalah atas kedua-dua kesalahan tersebut.

Lelaki terbabit kemudiannya membayar denda itu. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×