Semua perlu tenang hadapi cabaran - Utusan Malaysia

Semua perlu tenang hadapi cabaran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 30 Jun – Semua ahli UMNO perlu tenang mendepani cabaran yang dihadapi parti dan pada masa sama terus mengukuhkan perpaduan sesama mereka.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ketua UMNO Bahagian Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed percaya pihak yang memerhatikan parti itu dari luar sedar bahawa UMNO mampu bangkit dengan perubahan yang ingin dilakukan.

Beliau berkata, berikutan UMNO mempunyai objektif dan tahu apa perlu dilakukan parti untuk bangkit, maka ada pihak mahu menggagalkannya.

“Sebab itu kita perlu bertenang dan berdepan dengan semua itu, kita jangan panik tetapi terus berusaha memperbaiki, sekali gus membuat perubahan dengan cara yang lebih menguntungkan kita.

“Kita di semua peringkat perlu bersama-sama perkuat dan perkukuhkan perpaduan yang ada,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Pulai, di sini sebentar tadi.

Pada masa sama, Nur Jazlan memberitahu, beliau pernah membayangkan dua perkara berkaitan masa depan parti selepas Pilihan Raya Umum Ke-12 (PRU-12).

Menurutnya, dua perkara itu adalah berkaitan bermulanya sistem kerajaan dua parti dan kewujudan media sosial yang akan melemahkan kekuatan parti dan ternyata selepas 10 tahun perkara itu berlaku.

“Kini UMNO diasak disebabkan umur kita dah lanjut, kempen menjatuhkan UMNO menjadi mudah bagi mereka hanya bermodalkan UMNO dah lama sangat, tak pentingkan rakyat, korup dan diulang-ulang sehingga masuk dalam pemikiran dan rakyat percaya,” katanya.

Katanya, penggunaan media sosial untuk menanam persepsi buruk terhadap UMNO dalam pemikiran rakyat diterjemahkan pada PRU-14. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN