KUANTAN 30 Jun – Datuk Ahmad Tajuddin Sulaiman membuat kemunculan semula apabila memenangi jawatan Ketua UMNO Bahagian Paya Besar pada pemilihan parti itu di Kolej Universiti Islam Pahang Sultan Ahmad Shah (KUIPSAS), di sini hari ini.
![]() |
|
AHMAD TAJUDDIN
|
Beliau yang memperoleh 311 undi menewaskan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lembing, Datuk Md. Sohaimi Mohamed Shah yang mendapat 190 undi.
Ahmad Tajuddin pernah dipilih menerajui UMNO Paya Besar sejak bahagian itu ditubuhkan pada 2000 namun tewas kepada Allahyarham Datuk Seri Abdul Manan Ismail pada pemilihan UMNO 2013.
Abdul Manan meninggal dunia di kediamannya di Kuala Lumpur pada 12 Februari lalu dan Md. Sohaimi yang merupakan Timbalan Ketua UMNO Paya Besar diberi tanggungjawab memangku tugas mengetuai bahagian berkenaan sehingga pemilihan parti hari ini. – UTUSAN ONLINE












