Bekas ADUN menang Ketua UMNO Port Dickson - Utusan Malaysia

Bekas ADUN menang Ketua UMNO Port Dickson

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 30 Jun – Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bagan Pinang, Mohd. Faizal Ramli, 46, dipilih sebagai Ketua UMNO Bahagian Port Dickson yang baharu dalam pemilihan parti itu, di sini hari ini.

Memuatkan artikel berkaitan…
MOHD. FAIZAL
MOHD. FAIZAL

MOHD. FAIZAL
MOHD. FAIZAL

Beliau menewaskan bekas Ahli Exco kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) yang lalu, Datuk Tun Hairudin Abu Bakar, 59, dalam pertandingan satu lawan satu apabila mendapat 253 undi berbanding pencabarnya yang memperoleh 133 undi.

Jawatan itu kosong selepas bekas Menteri Besar dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad, 68, mengambil keputusan tidak mempertahankan jawatan yang dipegangnya sejak akhir 70-an.

Mohd. Faizal adalah ADUN kawasan itu bagi penggal 2004 hingga 2008. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN