JERANTUT – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Tawar, Datuk Nazri Ngah menang tanpa bertanding bagi jawatan Ketua UMNO Bahagian Jerantut pada Mesyuarat Perwakilan Kali Ke-15 yang diadakan di Dataran Majlis Daerah Jerantut di sini hari ini.
Nazri yang memegang jawatan Naib Ketua UMNO Bahagian sebelum ini tidak dicabar perwakilan lain termasuk penyandangnya yang juga Ahli Parlimen Jerantut, Datuk Ahmad Nazlan Idris.
Dua lagi jawatan tertinggi peringkat bahagian turut tidak dipertandingkan apabila Wan Jehari Wan Ismail menang tanpa bertanding bagi kerusi Pengerusi Tetap manakala Timbalan Pengerusi Tetap milik Datuk Abdullah Lebai Din.
Seramai 627 perwakilan hadir pada sesi pemilihan kali ini bagi memilih kepimpinan baharu UMNO Bahagian dan Pusat bagi penggal 2018-2021. – K! ONLINE











