Wujud negara satu parti, bunuh demokrasi - Utusan Malaysia

Wujud negara satu parti, bunuh demokrasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Jun – Cadangan beberapa pemimpin Pakatan Harapan untuk membekukan akaun Pas kerana didakwa menerima wang daripada UMNO merupakan langkah awal ke arah mewujudkan negara satu parti sekali gus ‘membunuh’ demokrasi.

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad
Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad

Naib Presiden Pas, Datuk Iskandar Abdul Samad mendakwa tindakan Pakatan Harapan melaksanakan perkara tersebut adalah disebabkan kedudukan sokongan yang tidak kukuh di mana undi majoriti orang Melayu dikongsi bersama Pas dan UMNO dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

Jelas beliau, undi diperolehi Pakatan Harapan adalah kurang daripada 50 peratus dengan pengundi yang mengundi parti tersebut terutamanya ahli-ahli UMNO pada bila-bila masa boleh meninggalkan Pakatan Harapan.

“(Justeru), satu jalan keluar adalah untuk memastikan UMNO dan Pas tidak wujud lagi dengan membatalkan pendaftaran parti-parti tersebut.

“Langkah pertama adalah dengan membekukan akaun bank mereka, seterusnya mungkin dengan merampas aset dan akhir sekali membatalkan pendaftaran,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×