Tukang tilik nasib rogol, tipu ditahan polis 

Tukang tilik nasib rogol, tipu ditahan polis 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis mengesahkan sudah memberkas seorang tukang tilik bergelar Datuk yang didakwa merogol seorang wanita dan menipu pengikutnya.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, penahanan itu dibuat selepas satu laporan diterima polis semalam.

“Kita membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. Suspek juga sudah ditahan bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Difahamkan, satu kenyataan media akan dikeluarkan berkaitan kes ini dalam masa terdekat.

Terdahulu, seorang wanita mengalami trauma apabila didakwa dirogol dan dipaksa melakukan hubungan seks beberapa kali dengan seorang lelaki bergelar Datuk yang juga tukang tilik nasib.

Wanita yang dikenali sebagai Linda, 24, berkata, dia pada mulanya terpedaya dengan perkhidmatan ditawarkan lelaki berkenaan menerusi iklan dalam media sosial bagi mengubah nasib hidupnya.

Dalam pada itu, seorang lelaki kerugian RM70,000 selepas diperdaya dan ditipu lelaki sama setelah mengikuti kelas pelaburan kripto yang dianjurkannya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN