Lelaki tinggal berseorangan di pulau selama 29 tahun - Utusan Malaysia

Lelaki tinggal berseorangan di pulau selama 29 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO – Seorang warga emas berusia 82 tahun yang tinggal secara berseorangan di sebuah pulau selama 29 tahun kini diarahkan pulang semula ke tanah besar.

Memuatkan artikel berkaitan…

Masafumi Nagasaki yang pernah bekerja dalam industri hiburan dipercayai merupakan satu-satunya penduduk di pulau Sotobanari.

Dia diarahkan pulang ke tanah besar apabila pihak berkuasa mendapati lelaki itu semakin lemah dan tidak sihat. Dia juga menjalani kehidupan dalam keadaan berbogel selepas kejadian taufan yang menerbangkan semua pakaiannya.

Nagasaki menetap di pulau itu sejak tahun 1989 dan dia dikenali sebagai pertapa bogel selepas ditemui seorang pengembara, Alvaro Cerezo yang menulis mengenai kehidupannya.

“Saya menemuinya dalam keadaan lemah tetapi dia cuma mengalami selesema teruk. Bagi mengelak daripada sesuatu yang diingini berlaku, saya terpaksa melaporkan mengenai keadaannya kepada polis.

“Berikutan itu, pihak berkuasa telah membawanya keluar dari pulau berkenaan dan menempatkannya di sebuah rumah kerajaan yang terletak kira-kira 60 kilometer dari bandar Ishigaki,” kata Cerezo.

Ditanya mengenai kehidupannya di pulau itu yang cuma dikelilingi dengan pokok dan laut, dia berkata: “Bagi saya mencari tempat untuk mati adalah sesuatu yang penting dilakukan. Jadi, saya membuat keputusan untuk tinggal di pulau ini bagi menghabiskan sisa-sisa kehidupan saya.” – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN