SPRM tahan CEO syarikat GLC - Utusan Malaysia

SPRM tahan CEO syarikat GLC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam menahan seorang Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bergelar Datuk selepas disyaki melakukan penyelewengan tender bernilai kira-kira RM300 juta.

Lelaki berusia 59 tahun itu ditahan di syarikat GLC berkenaan kira-kira pada pukul 12 tengahari semalam bagi membantu siasatan kes penyelewengan pemberian beberapa tender projek pembinaan di Putrajaya.

Menurut sumber SPRM, lelaki tersebut dipercayai menyalahguna kuasanya bagi memanipulasi beberapa proses projek pembinaan yang sedang dijalankan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Projek tersebut telah dianugerahkan kepada syarikat kontraktor menerusi proses tender namun disebabkan beberapa isu yang sengaja diadakan, kontrator terbabit gagal melaksanakannya.

“Ia kemudian diberi kepada kontraktor pengganti yang dipercayai mempunyai kepentingan dengan Datuk terbabit dan perkara tersebut dipercayai memang telah dirancang dari awal,” katanya.

Difahamkan, pada masa sama SPRM juga telah melakukan serbuan ke tiga lokasi di sekitar Lembah Klang bagi mendapatkan dokumen berkaitan kes berkenaan.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan mengenai tangkapan tersebut namun enggan mengulas lanjut. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini